Sunday, September 18, 2016

Pulau Pangkor Gateaway with Girlfriends

Assalamualaikum dan hai! Awal bulan Ogos hari tu aku dan 3 member akhirnya berjaya bercuti bersama. Fuhh bukannya senang nak holiday dengan member ni. Dari zaman study sampailah dah konvo dok berangan nak holiday bersama. Berangan tak boleh blah nak sampai ke Korea saje. Last-last pergi bercuti dalam negara pun semput aku nak mengumpul budak-budak ni. Sampai iols naik darah jugak la. Allahu teruk betul event manager ni (aku lettew)  -.-'


Untuk permulaan, aku cadangkan ambil pakej murah-murah je dengan travel agency. At least kalau dorang scam takde la menangis deposit burn. Huhu tapi alhamdulillah semua berjalan lancar dan berbaloi dengan harga pakej yang kami bayar. Harga group pakej Pulau Pangkor yang kitorang pilih ni cuma RM 180 / pax (minimum 4pax). Aku book pakej ni kat Pakej Percutian Murah (Web: www.pakejtravel.com | Instagram: @destinasipercutian). Asalnya dah book untuk 4 orang. Akhirnya yang dapat pergi 3 orang je. Huhu habis burn deposit RM 50 kawan aku tu dan kami bertiga terpaksa bayarkan baki deposit dia T_T

Dengan harga RM 180 ni kami dapat:
* Tiket feri (Pergi Balik)
* Snokerling
* Kayak
* Lawatan
* Penginapan 3D2N

Ok jom mulakan hikayat Pulau Pangkor ni. Watak dalam hikayat ni ialah Anis, Nisa dan Anis. Woi nama lebih kurang je! Ok lemme put my role as Ninie. Kahkah ok sambung cerita.  Kami start perjalanan dari Shah Alam pada pukul 2petang hari Jumaat sebab Anis kerja half day. Aku dengan Nisa dah book cuti siap-siap (hikss semua dah kerja wiwiwiwiwi). Kitorang naik viva mini aku tu je sebab nak kurangkan kos petrol dan on Waze siap-siap sebab takut sesat. Tapi waze bagi jalan jauh. Asalnya nak exit Sungkai tapi waze suh exit Bidor. Last ferry pulak pukul 7 so kitorang memang tak sempat nak singgah mana-mana untuk makan atau solat. Wuu dah la chalet asyik call je tanya dah sampai mana. Akhirnya pukul 5.15 petang kami sampai di Jeti Lumut dan aku park di parking bertingkat (rate sejam RM0.60).


Berjaya naik ferry 5 minit sebelum berlepas :D


Pemandangan pertama aku snap masa otw ke chalet




Sempat jugak nikmati sunset


We made it gurls!


Event manager cum driver


Dinner masakan goreng. Price standard KL. RM5 / RM6 sepinggan.


Maka tamat aktiviti hari pertama kami di Pulau Pangkor. Lepas dinner, balik chalet lepas tu layan Runningman kat laptop aku pulak sebelum tidur. Best gila! :D Esoknya baru start aktiviti kat pulau. Pukul 9 pagi macam tu kitorang siap-siap nak pergi island hopping. Sarapan dulu kat gerai (mee goreng RM6 engko). Untuk island hopping ni kitorang dibawa ke pulau kecil kat seberang dengan menaiki open boat. Kat pulau tu sesuai untuk aktiviti snorkeling sebab ombak dia tak kuat sangat macam kat pantai Teluk Nipah. Oh ya, sebab pakej weols ni murah sajo, maka water sports agent pun macam sendu sikit. Hahaha aku risau Nisa dengan Anis ragu-ragu je tapi nasib baik dorang okay sebab aku dah brainwash siap-siap, "Ko bayar murah, jangan expect layanan macam diva ok." Hahahaha


















*sambung taip pada 18/9/2016 aka setahun kemudian*

Aku terjumpa entry ni dalam draft sampai la ni tergantung tak publish. Huaaa banyak travel log nak cerita tapi aku sumpah malas nak menaip. Ok sebab sekarang bosan takde keje maka marilah aku bercerita semula berbekalkan memori yang dah samar-samar ni. Kalau kat atas tu gambar kami bersnorkeling pada hari kedua, pada belah petangnya pulak travel guide bawa kami pusing pulau naik van pink. Semua dah termasuk dalam pakej so kami just sediakan duit saja untuk shopping. Ala bukan banyak sangat pun benda boleh shopping kat pulau tu. Setakat beli sotong kering pun bolehlah buat kenangan huhuhu

Aku tak ingat apa nama tempat ni. Sebelum ni dah pergi masa trip family. La ni pi jugak..


Tq acik umah sebelah sebab bakar sampah. Nampak ala2 mistik gambar ni hahaha


Cak! Ni bangunan baru kot. Sebab bangunan ni je landskap lawa.



Then kami ke tokong ni. Kalau tempat ni takde semak samun mesti lagi lawa.


Walaupun akak di tengah semak, tapi akak menten kuruih xD


Ada totis tau kat sini. Mesti totis ni bosan sebab pusing2 kat tempat sama je.


Kalau nak shopping keychain, boleh beli kat sini sebab tokong ni lagi murah dari Pantai Nipah.


Budak 2 orang ni memang terencat sejak zaman study lagi -.-


Akak bermesra dengan totis



Ni pulak kilang seafood snacks. Takde gambar masa kat dalam sebab lupa snap.


Ni pulak hornbill feeding. Burung terbang laju sampai tak dapat masuk gambar. Nampak tak atas tu?


Dinner malam kedua ditemani ribut. New experience ni sampai terpaksa makan kat dapur kedai sebab nak elak pinggan terbang punya pasal. Hehehe


Pada hari ketiga takde apa-apa aktiviti nak dibuat melainkan packing dan checkout ke jeti. Sementara tunggu van pink ambik kami, kami lunch dulu di tepi pantai. Syiok makan sambil dengar deruan ombak dan suara abang-abang berenang kat tepi pantai. Amboiiiii..


Nampak tak reflection kat shades I tu? Tak tipu ada abang-abang kat bawah tu T_T








Tq Pangkor. Till we meet again..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...